SUPPORT US

LightBlog

Breaking

LightBlog

PENDIDIKAN KHAS

Maksud PPKI berdasarkan  Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 adalah :

“Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan   pendidikan khas (MBK) yang hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah Kerajaan  atau sekolah bantuan kerajaan”.

Tujuan kelas PPKI diadakan di sekolah adalah untuk  memastikan :
  • Semua murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai
  • Semua MBK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup. 
  • Semua MBK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan. 
  • Menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara.
  • MBK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
 
Sejarah Penubuhan kelas PPKI di Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri 

Kelas PPKI ini mula diwujudkan buat kali pertama di SKBK pada bulan Julai 2013. Jumlah murid buat permulaan penubuhan kelas ini adalah seramai 12 sahaja yang dipindahkan dari sekolah terdahulu iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong ( SKST ).

Kini pada tahun 2015, terdapat 2 kelas, kelas PPKI yang menampung seramai 22 orang murid berkeperluan khas ( 14 murid perempuan , 8 orang murid lelaki ) yang terdiri daripada murid berketurunan Melayu dan juga Siam. . Salah seorang daripadanya datang dari aliran  perdana.

Tenaga Pengajar

Terdapat seramai 4 orang tenaga pengajar bagi kedua-dua kelas ini yang terdiri daripada guru-guru pengkhususan pendidikan khas iaitu :

  • Pn Anita bt Rejab
  • Pn Noriah bt Mat Isa
  • Mohd badlisyah bin Mohamad Said
  • Mohd Bukharie bin Mohamad

Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )

Terdapat  2 orang pembantu pengurusan murid ( PPM ) yang dilantik bagi membantu para guru  melaksanakan setiap aktiviti  pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan  murid-murid berkeperluan khas ini iaitu:

  • Pn Rozita bt Ibrahim
  • Cik Emi Nornazia bt Effandi

Berikut adalah gambar-gambar sekitar kelas PPKI :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adbox