SUPPORT US

LightBlog
LightBlog

Khamis, 1 Oktober 2015

Bengkel Teknik Penulisan Kreatif Bersama Novelis Aja Fazla

Bengkel Teknik Penulisan Kreatif Bersama Novelis Aja Fazla ini diadakan semalam ( 30 September 2015 - Rabu ) di Dewan Sri Melati 1, SKBK.

Sesi 'brainstorming' bersama novelis Aja Fazla

Bengkel yang melibatkan seluruh  murid Tahap 2 ini diadakan dengan kerjasama PSS, SKBK bersempena dengan program  Jelajah Sekolah Blink 2015 anjuran bersama PTS Media Group@pts.com.my.

Terlebih dahulu satu pameran dan jualan buku terbitan PTS telah diadakan pada sesi sebelumnya terbuka kepada semua murid , para guru dan keseluruhan warga SKBK.
Tujuan Bengkel Teknik Penulisan Kreatif Bersama Novelis Aja Fazla ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada murid-murid tentang kaedah atau teknik untuk menulis cerita atau bahan bacaan kreatif  dengan betul dan seterusnya memupuk minat gemar membaca dan cintakan buku.

Secara ringkasnya, untuk menghasilkan bahan penulisan kreatif, murid didedahkan tentang keperluan merangka atau merancang terlebih dahulu dengan mengambil kira :
  • penentuan karektor /  watak utama
  • visi atau impian watak
  • misi untuk mencapai impian tersebut

Untuk menyusun jalan cerita pula murid didedahkan dengan teknik Story Arc ( Peta Cerita ). Melalui teknik Peta Cerita ini murid  diajar untuk menggunakan butang emosi sama ada emosi positif  :) atau negatif :( bagi menghasilkan bahan penulisan yang mampu menarik minat para pembaca.

Kesimpulannya teknik -teknik di atas adalah merupakan perkara asas yang perlu digunakan setiap kali hendak memulakan penulisan cerita.

Jelas sekali, bengkel ini amat menarik dan bermanfaat untuk murid dan guru yang mempunyai minat atau impian untuk bergelar sebagai seorang penulis suatu hari kelak.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa bengkel ini sedang berlangsung.

Hadiah kepada peserta bengkel yang berjaya menjawab soalan dengan tepat


Sebahagian daripada warga guru yang turut hadir dalam BTPK tersebut bergambar kenangan bersama novelis Aja Fazla

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui siapakah pemilik sebenar nama Aja Fazla, penulis novel Projek Cupcake Ain Maisarah ini bolehlah melayari pautan ini.

Sekalung penghargaan daripada kami di SKBK kepada Aja Fazla dan team yang sudi memilih sekolah ini sebagai salah satu sekolah pilihan dalam Program Jelajah Sekolah Blink 2015 ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adbox