SUPPORT US

LightBlog
LightBlog

Selasa, 20 Oktober 2015

Kem Cemerlang Jawi 2015

Pada 3 Oktober 2015 yang lalu , Panitia Agama Islam SKBK telah mengadakan  Kem Cemerlang  Jawi 2015. Sasaran kem ini adalah bertumpu kepada murid -murid Tahun 4, 5 dan 6.

Kem Jawi 2015 yang diadakan di Pusat Riadah & Rekreasi Sungai Jernih , Bukit Keteri ini diadakan bertujuan untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Jawi dan memperkukuhkan asas Jawi agar mereka lebih cekap membaca dan menulis Jawi.

Seramai 30 orang murid dari Tahun 4, 5 dan 6 menyertai kem ini  sambil dibantu oleh beberapa orang guru pengiring yang lain.

Berikut adalah gambar-gambar  sekitar kem tersebut yang sempat dirakamkan oleh rakan-rakan guru.

Para guru / ustaz dan ustazah yang terlibat dalam Kem Jawi 2015 bergambar kenangan bersama-sama peserta kem
Bersama Ustaz Anas ( atas ) dan Ustazah Normah ( bawah )
Rehat dan makan tengah hari
Sekitar lokasi kem yang indah dan menyejukkan pandangan

Program hampir sehari ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada kedua-dua pihak guru dan murid. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

Program Kem Cemerlang Jawi 2015 ini berakhir pada jam 2.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adbox